Thursday, December 29, 2011

Penantian

setiap kali kau jatuh, akan aku hulurkan tangan ini dan bantu. bila kau sedih, akan aku pujuk hati itu dan buat kau tersenyum. jangan pernah kau mengeluh, jangan pernah kau berduka. buat segala yang kau hendak, dan aku, :) aku akan sentiasa berada di sini. jangan pernah kau rasa susah, bila aku korbankan setitik peluh kerana senyuman kau sentiasa buat aku suka. dan bila kita rasa rindu, dan susah, sabar dan senyum sahaja, kerana, ada rezeki yang lebih baik menanti. mungkin tuhan sengaja menguji kita, menyelamatkan kita. jadi sabar sahaja. aku ada di sini. menanti.. jikalau kau jodoh terbaik untukku, tak usah aku gusar kan? dan jika aku jodoh terbaik untuk kau, mudah mudahan, kau tahu :)

No comments:

Post a Comment