Thursday, September 24, 2015

Sayang, Imam, Aboh

Beberapa hari selepas berpisah macam-macam yang difikirkan. Tipu kalau hati tak ingatkan dia. Hubungan sbg pasangan bertahun dilalui, hubungan sbg suami isteri tidak sampai setahun. Allah pun telah hadiahkan malik pada kami tapi hubungan sebagai ibu dan aboh pada malik tidak kesampaian. ='( 

Mana janji-janji mahu hidup bahagia sekeluarga? Kau pergi dan datang macam tu je. Mana lelaki yang aku kenal, yang mahu mendidikku, menerimaku sbb agamaku, menerimaku sbb sayangkanku, yang mahu anak sebaik diriku.

Aku terkulai bila kau pergi. Ya Allah.. betul ke apa yang berlaku. Aku tahu akan kesalahanku, aku bukan manusia yang sempurna. Aku sayangkan dia.. marahku kerana aku terasa diri ni di pandang hina, yang tak dihargai. Aku tak pernah mengharapkan kau jadi suami yang sempurna, aku terima akan setiap silap, tapi kenapa kau xboleh terima kekuranganku. Bersabarlah denganku dan didikan aku untuk jadi isteri yang mulia. Bukan mencari alasan kekurangan ni sebagai penyebab untuk mencari kesempurnaan pada orang lain. 

Tak ingat ke, dulu kala, kita pernah ada pada masa tu juga. ada pada tempat kau dan dia sekarang ni? ='( Aku xpernah paksa untuk kau terima aku, atau berkahwin dengan aku. Kita berkahwin sebab atas dasar sayang kita. Betul tak? Mana kau pergi... Mana kau lupakan diri... kalau satu hari nanti aku terdengar berita kau akan kahwininya, aku doakan kau bahagia, itulah yang aku selalu nakkan. Asalnya untuk melihat kau bahagia dgn aku, tapi xberkesampaian ='( kau tak berikan peluang tu untuk aku. Jagalah diri sayang. Aku rindukan kau.. malik pun juga.. 

Perpisahan

Tiada siapa yang mahukan perpisahan. Selama ni tengok di kaca tv cerita orang cerai berai, tapi Allah dah takdirkan juga untuk dilalui walaupun perkahwinan tidak sampai setahun dan bayi baru sahaja reti di agah.
Pilunya hati ditinggalkan, kasih yang masih baru sahaja hendak disulam berakhir sekelip mata. Mungkin perpisahan ini satu permulaan baru yang Allah mahu sediakan.
Bagi yang sedang mengalami, tabahkanlah hati sekuat-kuatnya, mungkin senang bagi yg pergi, tapi yang ditinggalkan semestinya masih tersangkut terbayang-bayang kasih yang masih diharapkan boleh membahagiakan hidup. tak apa, tak salah, kita dijadikan manusia yang normal, bukan manusia berhati besi. Nangislah sepuas-puasnya tapi jangan terlalu lama, kerana air mata ini bukan untuk dia tapi untuk NYA.
Ingatlah hati ini milik Allah SWT. ingatlah harta atau dunia ini dijadikan sementara. Yang bernilai adalah disebalik ujian-ujian yang ditetapkan. Apa yang disebalik ditetapkan tu? Allah sahaja yang tahu perkara ghaib. Maka banyakkan doa semoga diberi petunjuk.
Kenapa rasa mcm nak kecoh je pasal hal rumah tangga?? Bukan.. bukan nak kecoh, tapi ingin menolong bagi sesiapa yang kat luar sana yang pedih sedih disebalik senyum tu, untuk bersabarlah, kuatkanlah untuk diri, untuk anak (kalau ada), saya pun hari-hari cuba untuk lupakan, cuba untuk teruskan hidup tanpa peneman hidup. Dan apa yang memberi semangat sehingga hari ini, adalah apabila melihat anugerah Allah berikan, iaitu malik ibu. Besarnya KUASANYA, dari rasa tak boleh teruskan hidup, hanya dengan melihat si kecil boleh buat kita untuk bangkit semula.
"orang yang imannya kukuh ujiannya semakin berat. Dan mana agamanya rapuh, dia diuji mengikut kadar keimanannya" HR at-Tirmidzi (2/64)
Percayalah dengan apa yang Allah tetapkan semestinya adalah yang terbaik untuk kita. Allah uji kita untuk tengok kita kuat atau tidak, ingat Nya atau tidak. Semakin diuji tanda semakin Allah sayang. Dari Mus'ab bin Said daripada bapanya yang berkata:
Aku bertanya kepada Rasulullah siapakah manusia yang paling dasyat menerima bala? Maka dijawab: "Para Nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya. Jika dia seorang yang kuat beragama, maka kuatlah pula bala yang diterimanya. Jika seseorang itu lemah agamanya, maka diuji hanya pada kadar agamanya. Tidaklah hilangnya bala itu pada seseorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya." Hadis sahih riwayat Muslim no. 2999
Kawan-kawan, kalau tahu atau jumpa seseorang yang sedang alami situasi ni, tolonglah mereka. Mereka perlukan bantuan untuk kembali berdiri. Saya alhamdulillah ada keluarga yang sangat menyayangi saya. Bersyukur sangat. Dan pastinya, mereka perlu orang dengarkan luahan kesedihannya dan bantunya untuk bangkit semula. Alihkan perhatian dia, jangan biarkan dia bersendirian, Syaitan akan sentiasa berbisik ditelinga untuk alpa atau lupa, hasut kita untuk buat benda yang tak baik. InsyaAllah masa akan sembuhkan hatinya. Saya pun perlu berkawan atau berjumpa dengan orang bagi alihkan perhatian. Susah, memang susah untuk abaikan perasaan yang ada dalam hati.
Allah SWT sahaja yang tahu. =')