Tiada siapa yang mahukan perpisahan. Selama ni tengok di kaca tv cerita orang cerai berai, tapi Allah dah takdirkan juga untuk dilalui walaupun perkahwinan tidak sampai setahun dan bayi baru sahaja reti di agah.
Pilunya hati ditinggalkan, kasih yang masih baru sahaja hendak disulam berakhir sekelip mata. Mungkin perpisahan ini satu permulaan baru yang Allah mahu sediakan.
Bagi yang sedang mengalami, tabahkanlah hati sekuat-kuatnya, mungkin senang bagi yg pergi, tapi yang ditinggalkan semestinya masih tersangkut terbayang-bayang kasih yang masih diharapkan boleh membahagiakan hidup. tak apa, tak salah, kita dijadikan manusia yang normal, bukan manusia berhati besi. Nangislah sepuas-puasnya tapi jangan terlalu lama, kerana air mata ini bukan untuk dia tapi untuk NYA.
Ingatlah hati ini milik Allah SWT. ingatlah harta atau dunia ini dijadikan sementara. Yang bernilai adalah disebalik ujian-ujian yang ditetapkan. Apa yang disebalik ditetapkan tu? Allah sahaja yang tahu perkara ghaib. Maka banyakkan doa semoga diberi petunjuk.
Kenapa rasa mcm nak kecoh je pasal hal rumah tangga?? Bukan.. bukan nak kecoh, tapi ingin menolong bagi sesiapa yang kat luar sana yang pedih sedih disebalik senyum tu, untuk bersabarlah, kuatkanlah untuk diri, untuk anak (kalau ada), saya pun hari-hari cuba untuk lupakan, cuba untuk teruskan hidup tanpa peneman hidup. Dan apa yang memberi semangat sehingga hari ini, adalah apabila melihat anugerah Allah berikan, iaitu malik ibu. Besarnya KUASANYA, dari rasa tak boleh teruskan hidup, hanya dengan melihat si kecil boleh buat kita untuk bangkit semula.
"orang yang imannya kukuh ujiannya semakin berat. Dan mana agamanya rapuh, dia diuji mengikut kadar keimanannya" HR at-Tirmidzi (2/64)
Percayalah dengan apa yang Allah tetapkan semestinya adalah yang terbaik untuk kita. Allah uji kita untuk tengok kita kuat atau tidak, ingat Nya atau tidak. Semakin diuji tanda semakin Allah sayang. Dari Mus'ab bin Said daripada bapanya yang berkata:
Aku bertanya kepada Rasulullah siapakah manusia yang paling dasyat menerima bala? Maka dijawab: "Para Nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya. Jika dia seorang yang kuat beragama, maka kuatlah pula bala yang diterimanya. Jika seseorang itu lemah agamanya, maka diuji hanya pada kadar agamanya. Tidaklah hilangnya bala itu pada seseorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya." Hadis sahih riwayat Muslim no. 2999
Kawan-kawan, kalau tahu atau jumpa seseorang yang sedang alami situasi ni, tolonglah mereka. Mereka perlukan bantuan untuk kembali berdiri. Saya alhamdulillah ada keluarga yang sangat menyayangi saya. Bersyukur sangat. Dan pastinya, mereka perlu orang dengarkan luahan kesedihannya dan bantunya untuk bangkit semula. Alihkan perhatian dia, jangan biarkan dia bersendirian, Syaitan akan sentiasa berbisik ditelinga untuk alpa atau lupa, hasut kita untuk buat benda yang tak baik. InsyaAllah masa akan sembuhkan hatinya. Saya pun perlu berkawan atau berjumpa dengan orang bagi alihkan perhatian. Susah, memang susah untuk abaikan perasaan yang ada dalam hati.
Allah SWT sahaja yang tahu. =')